❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Wednesday 23 October 2013

Kepentingan Asid Folik Ketika Hamil

“IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.”
Seringkali kita dengar kan bakal2 ibu terutama wanita yang pertama kali mengandung cakap macam tu..
Kadang-kadang mugkin ia diluahkan sekadar untuk bergurau, namun daripada segi konsep matematiknya, seakan-akan ada logiknya.
Bakal ibu perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar untuk menambah tenaga walaupun pada trimester pertama. Ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri. 
ALAHAN
Ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi manakala ibu tetap bertenaga sepanjang tiga bulan pertama. 
Alahan ketika mengandung terutama bangun tidur seperti muntah-muntah, pening, perut sebu dan tidak selesa. Namun bagi wanita yang bernasib baik mereka langsung tiada alahan.  Kebanyakan penyelidik percaya alahan wanita hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan.

Alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas.
Ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir bagi mengurangkan penghidratan. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk.
ASID FOLIK
Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.
Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.
Mengapa ia PENTING?

1. Membantu menghindarkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku. 


Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

(nak tengok real pic, klik SINI bagi yang kuat semangat)

2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

    @ Sumbing lelangit (cleft palate)
    @ Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
    @ Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
    @ Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

5. Pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

    @ Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung.

    @ Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat

   @ Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan

    @ Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. 

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik.
Sumber asid folik boleh diperoleh daripada:-
Makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.
Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.

Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.

INFO:

Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:

1. Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad. 

2. Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh. 

3. Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. 

4. Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju. 

5. Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit. 

6. Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga). 

7. Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian. 


Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:

1. Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.

2. Berkhasiat untuk kesihatan bayi.

3. Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.

Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk: 

1. Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi. 

2. Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.

3. Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.


4. Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar.

Kami juga menawarkan suplemen B-Complex with Asid Folic..


Berminat???

SMS/WhatsApp : 016-8425632 (Catherine)
PM : www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik

Sumber: mymetro, Siti Zarinah Sahib / nurazizahyahaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment